Senin, 05 September 2016

AMWAY- VITAMIN : CAL MAG & CAL MAG D PLUS

AMWAY- VITAMIN : CAL MAG & CAL MAG D PLUS

Salam semua,

Kali ini nak bercerita pasal tablet kalsium dari jenama AMWAY. Kalau dulunya ia didatangkan bersama campuran magnesium dan alfalfa sahaja, sekarang botol terbaru ada campuran vitamin D sekali. Dan tentunya ia dapat membekalkan nutrien dan mineral yang optimum bagi tulang yang kuat dan badan yang sihat.

Sejujurnya saya memang mengamalkan vitamin supplemen Cal Mag. Puncanya saya bukan orang yang berdisiplin minum susu. Disebabkan bentuknya dalam tablet yang agak besar, saya kene tumbuk dengan lesung batu atau potong dengan pisau bagi pecah-pecah. Huhuu sebab kalau tak memang tekak saya tak dapat telan. Tapi disebabkan nakkan kebaikan dari vitamin ni, saya gagahkan juga lah. Antara sebab saya mengamalkan vitamin ni selain dari kalsiumnya, ia juga mengandungi pekatan Alfalfa yang tinggi. Jadi kulit saya bertambah cantik. Tak perlu makan banyak suplemen yang lain. :)

Berikut review mengenai dua vitamin ini :)

CAL MAG D PLUS @ CALCIUM MAGNESIUM PLUS VITAMIN D


Ini produk AMWAY yang terbaru. Harganya dalam RM63.00 sebotol, dengan 180 biji tablet didalamnya. Dengan rumusan terbaru ini, ia menjadikan penyerapan kalsium ke dalam tulang bertambah baik kerana dos harian Cal Mag D Plus ada lebih banyak vitamin D berbanding 3 cawan susu. Selain itu, ia juga mengandungi rumpai laut terkapur yang diperoleh secara semula jadi yang sememangnya turut mempunyai kalsium dan magnesium yang tersendiri.



CALSIUM MAGNESIUM


Ini pula yang saya amalkan sehingga sekarang. Harga lebih murah iaitu dalam RM 48.00 sebotol; dengan 180 biji tablet. Seeloknya dimakan 3 kali sehari, dengan 1 biji tablet selepas makan tengahari, 1 biji selepas minum petang dan 1 biji selepas makan malam. Berikut pula kebaikan di dalamnya:-
  • 3 Tablet sehari memberi 600 mg kalsium dan 400 mg magnesium, serta Pekatan Alfalfa NUTRILITE yang eksklusif.
  • Kalsium adalah komponen utama tulang dan gigi, ia mempengaruhi pembekuan darah, penghantaran rangsangan saraf, pengekalan selaput sel, tindak balas enzim dan rembesan hormon.
  • Magnesium penting untuk sel yang sihat, pengeluaran protein dan fungsi buah pinggang yang normal.
  • Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium.
  • Orang daripada semua peringkat umur perlu mengganti kalsium yang secara berterusan dikumuh terutama kanak-kanak, remaja, wanita hamil dan yang menyusukan bayi.
  • Keperluan tubuh terhadap kalsium tidak berkurangan dengan umur dan pada usia lanjut mungkin agak sukar untuk menggantikan kalsium tulang.
  • Jaminan pemakanan yang baik ialah untuk mempastikan diet harian ditambah dengan kalsium.
  • Penggunaan yang Disyorkan: Satu tablet harus diambil tiga kali setiap hari.




Untuk anda yang berminat, boleh komen atau lagi baik hubungi 081362058048 pin 54DF85D0

Tidak ada komentar:

Posting Komentar